RadibemSafety1st shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site
RadibemSafety1st adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini
Sedarkah kita botol susu yang kita beri pada anak kita adalah jenis bebas dari bahan kimia yang akan memberhayakan kesihatan anak-anak kita pada jangkamasa panjang. Salah satunya adalah Bisphenol A atau nama singkatannya BPA
Bisphenol A(BPA) dan digabungkan dengan bahan kimia lain digunakan didalam pembuatan plastik dan resin. Sebagai contoh BPA digunakan didalam pembuatan plastik Polycarbonate, sifat-sifatnya yang lutsinar, dan mudah dibentuk. Polycarbonate juga digunakan didalam pembuatan bekas makanan, lapisan anti karat tin minuman ringan, botol susu kanak-kanak, pinggan mangkuk, cawan dan bekas simpanan.
Inikah yang akan terjadi masyarakat kerana kelekaan yang akan mengundang kecelakaan kerana bukan setakat memandu telefon tanpa bebas tangan satu kesalahan dan akan mengundang kecelakaan. Pejalan kaki juga boleh terlibat dengan kecelakaan apabila tidak beri tumpuan kepada potensi bahaya.
Iklan ini menagandungi mesej adalah sempena pelancaran Windows 7.
Ada 2 jenis alat pemadam api yang dibekalkan oleh pihak Radibems iaitu jenis Dry Powder dan CO2. Cara penggunaan kedua-dua alat ini sama cuma keberkesanan memadam api dan situasi yang berbeza.
Alat Pemadam api jenis Dry Powder
Cara alat pemadam api jenis Dry Powder beroperasi dengan menyelimut permukaan kebakaran dengan Dry Powder yang akan menyebabkan api akan terpadam kerana kekurangan Oksigen.
Tidak sesuai digunakan untuk memadam barangan elektronik dan elektrik kerana ia akan merosakkan komponen elektronik.
Boleh digunakan untuk memadam kebakaran PEPEJAL, CECAIR, GAS dan ALATAN ELEKTRIK
Alat Pemadam api jenis CO2
Cara alat pemadam api jenis CO2 beroperasi dengan cara penyejukkan permukaan kebakaran dan tidak menyebab ledakan
Sesuai digunakan untuk memadam barangan elektronik dan elektrik kerana ia tidak akan merosakkan komponen elektronik
Boleh digunakan untuk memadam kebakaran CECAIR, ALATAN ELEKTRIK dan GAS
Alat pemadam api Aerosol jenis mudah alih
Cara alat pemadam api jenis Aerosol beroperasi dengan menyelimut permukaan kebakaran dengan Dry Powder yang akan menyebabkan api akan terpadam kerana kekurangan Oksigen.
Kurang sesuai digunakan untuk memadam barangan elektronik dan elektrik kerana ia akan merosakkan komponen elektronik.
Boleh digunakan untuk memadam kebakaran PEPEJAL, CECAIR, GAS dan ALATAN ELEKTRIK
Bersiz kecil dan mudah alih
BAGAIMANA MEMASTIKAN ALAT PEMADAM SEDIA DIGUNAKAN BILA DIPERLUKAN
Jarum penujuk dikawasan hijau memberi indikator tekanan gas mengcukupi
Sijil Perakuan dari Bomba dan Penyelamat
Menukarkan tong pemadam api selepas tarikh mengilang luput tarikh lebih 10 tahun
Pastikan jarum tekanan berada dikawasan hijau menujukkan tekanan gas mengcukupi tidak ada kebocoran
Hantar alat pemadan api kalibrasi setahun sekali kepada kontraktor yang bertauliah
Pastikan sijil perakuan dari Bomba dan Penyelamat masih sah laku
Menganti tong gas bila tarikh mengilang tong alat pemadam api luput jika melebihi 10 tahun
Latihan pengusian bangunan di premis Radibems adalah aktiviti yang dirancang didalam kalendar 2010. Aktiviti ini adalah pertama kali diadakan sejak Radibems beroperasi di Kota Damansara. Beberapa mesyuarat susulan dan perancangan rapi seawal bulan Ogos.
Antara perkara yang dibincangkan adalah:-
Penumbuhan Emergency Response Team(ERT) Radibems bagi menyelaraskan semua aktiviti latihan pengungsian.
Mengenal pasti tugas-tugas ERT jika berlaku kecemasan.
Mengenal pasti laluan kecemasan dan tempat berkumpul jika berlaku kecemasan.
Mencetak dan mengagih nota mini kepada semua pekerja Radibems yang mengandungi tindakan jika berlaku kecemasan dan nombor agensi penyelamat berdekatan selain one call center 999.
Menyediakan papan tanda tempat berkumpul
Sesi penerangan mengenai objektif latihan pengungsian bangunan.
Membuat gotong-royong membersih laluan kecemasan.
Tarikh: 28 Sept 2010
Ujian Pra Latihan Pengungsian Bangunan
Latihan pengusian bangunan telah mendapat kerjasama penuh Bomba dan Penyelamat dari balai Bomba Sungai Buloh. Terima kasih kepada Sarjan Samuri kerana memberi nasihat kepada ahli jawatankuasa JKKP Radibems. Ujian latihan telah dilakukan sehari sebelum tarikh sebenar latihan pengungsian banyak memberi input kepada ahli jawatan kuasa dapat mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki semasa latihan sebenar
Tarikh: 29 Sept 2010
Ujian sebenar latihan pengungsian bermula dengan membunyi loceng kecemasan berterusan melebihi 7 saat. Kakitangan Radibems mengambil masa kira-kira 3 minit untuk keluar dari premis dan ia menepati masa yang ditetapkan adalah kurang 3 minit untuk semua kakitangan keluar dari premis. Maklumat penting direkodkan dipapan kenyataan seperti:-
Masa loceng kecemasan dibunyikan
Masa menghubungi pihak berwajib
Jumlah pekerja yang hadir pada hari tersebut
Masa pekerja pertama keluar dari premis
Masa pekerja terakhir keluar dari premis
Jumlah pekerja yang keluar
Jumlah pekerja yang terlibat kemalangan dan jenis kemalangan
Masa yang diambil untuk menyelamat pekerja yang kemalangan
Masa Bomba dan Penyelamat tiba dipremis
Masa keseluruhan latihan pengungsian
Semua kakitangan berkumpul di tempat yang selamat dan semakan kehadiran dilakukan. Semasa membuat semakan kehadiran pekerja dan jumlah kakitangan yang berkumpul tidak sama. Komander ERT Radibems telah mengarahkan operasi mencari dan menyelamat dijalankan dan didapati seorang kakitangan stor telah mengalami kecedaraan ringan. Pekerja yang telah mengalami kemalangan telah dibawa keluar dari premis dan diberi rawatan.Pihak Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke premis Radibems. Komander ERT telah menyampaikan butiran yang dicatitkan dipapan kenyataan kepada pihak Bomba dan Penyelamat. Seterusnya pihak Bomba dan Penyelamat mengambil alih tanggungjawab daripada ERT Radibems. Api kebakaran dapat dikawal dan tiada kehilangan nyawa dikenalpasti.
Sesi pengunaan pemadam api
Jenis pemadam api yang dipasang di premis Radibems ada dua jenis iaitu jenis alat pemadam apidry powder dan CO2. Cara pemadaman api menggunkan pemadam api dry powder dan CO2 mengikut situasi dan keberkesanan memadam api turut berbeza.
Pemadam api dry power sesuai untuk pepejal, cecair dan gas dengan cara serbuk yang keluar dari alat pemadam api dengan teknik menyelimut api kebakaran tetapi kurang sesuai untuk memadam barangan elektrik dan elektronik kerana kesan serbuk akan merosakkan barangan elektronik tersebut. Alat pemadam api yang telah digunakan tidak boleh disimpan untuk diguna semula semula dan perlu di isi semula oleh kontraktor yang bertauliah.
Pemadam api CO2 sesuai untuk memadam barangan elektrik dan elektronik dengan teknik penyejukan api kebakaran serta tidak meninggal kesan kerosakan yang teruk. Pemadam jenis ini boleh digunakan berulang kali selagi ada tekanan gas CO2 dan isian semula boleh dilakukan oleh kontraktor yang bertauliah.
Teknik pemadam api yang betul dan berkesan mengunakan alat pemadam api dengan memusingkan pin keselamatan dan cabut. Jarak pemadam adalah 6 kaki dari punca kebakaran api. Memadam api dengan menghala nozel kepada punca kebakaran api dengan teknik meratakan permukaan kebakaran api. Memadam api perlu mengikut arah angin.
Pihak Bomba dan Penyelamat telah menasihat ERT Radibems supaya mengenal pasti alat pemadam api yang sesuai mengikut aktiviti kerja. Pemadam api perlu dibuat ujian setiap tahun serta mendapat sijil pengesahan setelah diuji oleh pihak Bomba dan Penyelamat. Tong pemadam api perlu ditukar jika sudah mencapai jangka hayat 10 tahun kerana tidak lagi selamat digunakan.
Sesi taklimat
Pihak Bomba dan Penyelamat menayangkan video mengenai kebakaran dan sesi soal jawab. Kakitangan memberi kerjasama dengan memberi maklumbalas dengan mengemukkan beberapa soalan ketika soal jawab.
Pemeriksaan premis
Pihak Bomba dan Penyelamat telah membuat pemeriksaan premis dengan memeriksa lampu kecemasan dan lampu laluan keluar yand ada di premis Radibem didapati gagal berfungsi dengan baik. Bateri didalam lampu kecemasan dan lampu laluan keluar perlu ditukar.
Kesimpulan
Keseluruhan latihan pengungsian mencapai telah objektif. Terima kasih kepada kakitangan terlibat yang memberi kerjasama penuh menjayakan latihan pengungsian ini
Sempena sambutan Hari Raya ada diantara kita akan membuat kunjungan ke rumah saudara-mara dan rakan taulan. Tentu banyak rumah terbuka yang hendak dikunjungi. Jadi amalan membasuh tangan adalah penting sebelum menyentuh juadah raya kerana dapat mengurangkan risiko 'cross contamination'.
Duit raya ada satu contoh mudah terutama duit yang bukan baru kerana telah berulangkali digunakan dan bertukar tangan. Kanak-kanak antara kumpulan yang mudah terdedah dengan risiko ini. Nasihat anak-anak supaya membasuh tangan sebelum menyentuh juadah. Jika kepada mereka yang tidak berasa selasa membasuh tangan dengan air boleh membeli hand sanitizer gel yang bermacam jenama dipasaran. Sentiasa membawa bersama hand sanitizer gel didalam saku atau beg tangan bila digunakan bila-bila masa dan serta merta.
Membasuh tangan memerlukan kaedah yang betul dan sekurang-kurang 60saat. Setiap bahagian tangan dan celah jari mesti diratakan dan dicapai.
Selain peringatan yang disampaikan melalui tool box pihak JKKP Radibems ada menyediakan poster-poster keselamatan. Menampal poster ini bukan bertujuan kosmetik semata-mata tetapi dapat memberi amaran dan pemberitahuan serta maklumat berguna.
Poster-poster ini perlu diletakkan ditempat-tempat strategik supaya ianya memberi dapat impak.
Poster perlu ada kombinasi arahan bertulis dan gambar kerana ia dapat memberi lebih kefahaman.
Pemilihan warna penting semasa menyediakan pada poster juga penting kerana minda lebih sensitif kepada tona warna.
1. Poster cara postur yang betul semasa mengangkat objek diletakkan berdekatan stor
2. Poster di lokasi First Aid box
3. PPE yang didalam poster adalah yang cadangkan bersesuaian dengan aktiviti bengkel.
4. Poster mengingatkan bahawa merokok dan makan adalah dilarang didalam bengkel.
5. Poster memberi amaran kegelinciran supaya menggunakan pemegang tangga semasa menggunakan tangga.
Pada waktu pagi biasanya permukaan tangga di premis Radibems basah selepas dimop. Setakat ini belum ada berlaku kemalangan yang tidak di ingini tapi pihak kami telah mengambil inisiatif awal. Poster ini lekatkan secara bersententang supaya mudah dilihat.
6. Poster tatacara pengunaan alat pemadam api dilekatkan berhampiran alat pemadam api.
Arahan bukan sahaja dalam bentuk bertulis tetapi turut dimasukkan gambar cara penggunaan alat pemadam api
7. Poster laluan kecemasan jika berlaku kebakaran
8. Papan kenyataan
Papan kenyataan juga dapat memberi maklumat yang berguna tetapi hendaklah selalu dikemas kini.
Pada 13-15 July 2010 yang lalu, ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Radibems telah menghadiri kursus Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control(HIRARC) di NIOSH, Bangi.
Pada hari pertama kami didedahkan definasi dan teori HIRARC dan manakala hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)di Jalan Chan Sow Lin. Kami dikongsi bagaimana implementasi OSH di PNMB. Pada waktu petang hari kedua aktiviti secara berkumpulan dan perbincangan diantara peserta dan fasilitator banyak membantu pemahaman dikalangan peserta yang hadir.
Pada 1hb Mar 2010, AJKK Radibems telah menjalankan satu sesi latihan dan demonstrasi memadam api diperkarangan premis Radibems Sdn. Bhd. Latihan ini adalah satu aktiviti yang dirancang didalam jadual tahunan AJJK 2010.
Sesi Penerangan dan demonstrasi telah disampaikan oleh En.Norazley Hassan dan En. Noranuar Afendi. Pengurus Besar Radibems iaitu En.Ahmad Zamri Said turut hadir dalam sesi latihan tersebut sebagai tanda sokongan.
Objektif latihan ini dijalankan adalah bertujuan memberi pendedahan penggunaan alat pemadam api dengan cara yang betul dan efektif. Warga kerja Radibems turut diberi peluang tencuba menggunakan alat pemadam api dan program telah mendapat maklumbalas yang positif.
Tenaga pengajar kursus iaitu En. Norazley Hassan dan En. Noranuar antara kakitangan Radibems yang telah menerima latihan Kursus Asas Mencegah Kebakaran Bangunan Tinggi anjuran Akademi Bomba dan Penyelamat di Kuala Kubu Bharu pada 15hb – 19hb Dec 2008.
Definisi:-
Satu kumpulan orang yang bertanggungjawab dan bekerjasama dalam usaha untuk
menyediakan tempat kerja yang sihat dan selamat
Keperluan:-
• Pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Seksyen 30)
“Majikan dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan di tempat kerja jika:
- mempunyai pekerja 40 orang atau lebih
- diarahkan oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia.”
• Majikan & pekerja dapat bekerjasama untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
• Pengurusan Kendiri