Latihan Pengungsian bangunan di premis Radibems

Ringkasan

Latihan pengusian bangunan di premis Radibems adalah aktiviti yang dirancang didalam kalendar 2010. Aktiviti ini adalah pertama kali diadakan sejak Radibems beroperasi di Kota Damansara. Beberapa mesyuarat susulan dan perancangan rapi seawal bulan Ogos.

Antara perkara yang dibincangkan adalah:-
  1. Penumbuhan Emergency Response Team(ERT) Radibems bagi menyelaraskan semua aktiviti latihan pengungsian.
  2. Mengenal pasti tugas-tugas ERT jika berlaku kecemasan.
  3. Mengenal pasti laluan kecemasan dan tempat berkumpul jika berlaku kecemasan.
  4. Mencetak dan mengagih nota mini kepada semua pekerja Radibems yang mengandungi tindakan jika berlaku kecemasan dan nombor agensi penyelamat berdekatan selain one call center 999.
  5. Menyediakan papan tanda tempat berkumpul
  6. Sesi penerangan mengenai objektif latihan pengungsian bangunan.
  7. Membuat gotong-royong membersih laluan kecemasan.

    Tarikh: 28 Sept 2010


    Ujian Pra Latihan Pengungsian Bangunan










    Latihan pengusian bangunan telah mendapat kerjasama penuh Bomba dan Penyelamat dari balai Bomba Sungai Buloh. Terima kasih kepada Sarjan Samuri kerana memberi nasihat kepada ahli jawatankuasa JKKP Radibems. Ujian latihan telah dilakukan sehari sebelum tarikh sebenar latihan pengungsian banyak memberi input kepada ahli jawatan kuasa dapat mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki semasa latihan sebenar

    Tarikh: 29 Sept 2010







    Ujian sebenar latihan pengungsian bermula dengan membunyi loceng kecemasan berterusan melebihi 7 saat. Kakitangan Radibems mengambil masa kira-kira 3 minit untuk keluar dari premis dan ia menepati masa yang ditetapkan adalah kurang 3 minit untuk semua kakitangan keluar dari premis. Maklumat penting direkodkan dipapan kenyataan seperti:-
    1. Masa loceng kecemasan dibunyikan
    2. Masa menghubungi pihak berwajib
    3. Jumlah pekerja yang hadir pada hari tersebut
    4. Masa pekerja pertama keluar dari premis
    5. Masa pekerja terakhir keluar dari premis
    6. Jumlah pekerja yang keluar
    7. Jumlah pekerja yang terlibat kemalangan dan jenis kemalangan
    8. Masa yang diambil untuk menyelamat pekerja yang kemalangan
    9. Masa Bomba dan Penyelamat tiba dipremis
    10. Masa keseluruhan latihan pengungsian

    Semua kakitangan berkumpul di tempat yang selamat dan semakan kehadiran dilakukan. Semasa membuat semakan kehadiran pekerja dan jumlah kakitangan yang berkumpul tidak sama. Komander ERT Radibems telah mengarahkan operasi mencari dan menyelamat dijalankan dan didapati seorang kakitangan stor telah mengalami kecedaraan ringan. Pekerja yang telah mengalami kemalangan telah dibawa keluar dari premis dan diberi rawatan.Pihak Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke premis Radibems. Komander ERT telah menyampaikan butiran yang dicatitkan dipapan kenyataan kepada pihak Bomba dan Penyelamat. Seterusnya pihak Bomba dan Penyelamat mengambil alih tanggungjawab daripada ERT Radibems. Api kebakaran dapat dikawal dan tiada kehilangan nyawa dikenalpasti.

    Sesi pengunaan pemadam api

    Jenis pemadam api yang dipasang di premis Radibems ada dua jenis iaitu jenis alat pemadam api dry powder dan CO2. Cara pemadaman api menggunkan pemadam api dry powder dan CO2 mengikut situasi dan keberkesanan memadam api turut berbeza. 

    1. Pemadam api dry power sesuai untuk pepejal, cecair dan gas dengan cara serbuk yang keluar dari alat pemadam api dengan teknik menyelimut api kebakaran tetapi kurang sesuai untuk memadam barangan elektrik dan elektronik kerana kesan serbuk akan merosakkan barangan elektronik tersebut. Alat pemadam api yang telah digunakan tidak boleh disimpan untuk diguna semula semula dan perlu di isi semula oleh kontraktor yang bertauliah.
    2. Pemadam api CO2 sesuai untuk memadam barangan elektrik dan elektronik dengan teknik penyejukan api kebakaran serta tidak meninggal kesan kerosakan yang teruk. Pemadam jenis ini boleh digunakan berulang kali selagi ada tekanan gas CO2 dan isian semula boleh dilakukan oleh kontraktor yang bertauliah.
    3. Teknik pemadam api yang betul dan berkesan mengunakan alat pemadam api dengan memusingkan pin keselamatan dan cabut. Jarak pemadam adalah 6 kaki dari punca kebakaran api. Memadam api dengan menghala nozel kepada punca kebakaran api dengan teknik meratakan permukaan kebakaran api. Memadam api perlu mengikut arah angin.
    Pihak Bomba dan Penyelamat telah menasihat ERT Radibems supaya mengenal pasti alat pemadam api yang sesuai mengikut aktiviti kerja. Pemadam api perlu dibuat ujian setiap tahun serta mendapat sijil pengesahan  setelah diuji oleh pihak Bomba dan Penyelamat. Tong pemadam api perlu ditukar jika sudah mencapai jangka hayat 10 tahun kerana tidak lagi selamat digunakan.

    Sesi taklimat

    Pihak Bomba dan Penyelamat menayangkan video mengenai kebakaran dan sesi soal jawab. Kakitangan memberi kerjasama dengan memberi maklumbalas dengan mengemukkan beberapa soalan ketika soal jawab.

    Pemeriksaan premis

    Pihak Bomba dan Penyelamat telah membuat pemeriksaan premis dengan memeriksa lampu kecemasan dan lampu laluan keluar yand ada di premis Radibem didapati gagal berfungsi dengan baik. Bateri didalam lampu kecemasan dan lampu laluan keluar perlu ditukar.

    Kesimpulan

    Keseluruhan latihan pengungsian mencapai telah objektif. Terima kasih kepada kakitangan terlibat yang memberi kerjasama penuh menjayakan latihan pengungsian ini 

    Lagi gambar










    0 comments:

    Post a Comment

    Newer Posts Older Posts
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...