Botol susu boleh menyebabkan kanser
Sedarkah kita botol susu yang kita beri pada anak kita adalah jenis bebas dari bahan kimia yang akan memberhayakan kesihatan anak-anak kita pada jangkamasa panjang. Salah satunya adalah Bisphenol A atau nama singkatannya BPA
Bisphenol A(BPA) dan digabungkan dengan bahan kimia lain digunakan didalam pembuatan plastik dan resin. Sebagai contoh BPA digunakan didalam pembuatan plastik Polycarbonate, sifat-sifatnya yang lutsinar, dan mudah dibentuk. Polycarbonate juga digunakan didalam pembuatan bekas makanan, lapisan anti karat tin minuman ringan, botol susu kanak-kanak, pinggan mangkuk, cawan dan bekas simpanan. Larutan BPA yang mudah larut pada suhu panas amat membahayakan kesihatan jika terminum bahan tercemar ini.
Antara kesan negatif BPA walaupun pada dos yang rendah:
- Merosakkan fungsi imunisasi
- Akhil baligh sebelum masanya
- Obesiti
- Hiperaktif
- Kanser
Kebanyakkan botol plastik diperbuat dari polycarbonate dan pilih label PC7 kerana ia mempunyai ketahanan suhu yang tinggi. Elakkan membeli yang labelnya 3 (PVC-polyvinyl chloride) dan 6 (PS-polystyrene) turut mengandungi toksin lain walaupun bebas BPA.
Tip memilih botol susu plastik
Pilih botol susu yang bebas BPA
atau
Buat semakan dibawah botol mempunyai label PC 7
0 comments:
Post a Comment