Maklumat Umum Penubuhan JKK Radibems Sdn Bhd

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN (JKK)

Definisi:-
Satu kumpulan orang yang bertanggungjawab dan bekerjasama dalam usaha untuk
menyediakan tempat kerja yang sihat dan selamat

Keperluan:-
• Pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Seksyen 30)
“Majikan dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan di tempat kerja jika:
- mempunyai pekerja 40 orang atau lebih
- diarahkan oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia.”
• Majikan & pekerja dapat bekerjasama untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
• Pengurusan Kendiri




KOMPOSISI JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

Pengerusi : En. Norehsan Ali (Pegawai Perlindungan Sinaran)- Pegawai yang diberi kuasa oleh majikan
Setiausaha : En. Norazley Hassan - Wakil BASHER

Wakil Majikan :
~ En. Mohd Azrin Roselan (Specialist)
~ En.Mohd Khalil Mohd Rashid (Junior, BME)

Wakil Pekerja :
~ En Noranuar Effendi Abd Rahman (CSC Clerk)
~ En. Rudi Aziz (Store Assistant)


MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

1. KEKERAPAN MESYUARAT
a) Seberapa kerap bergantung kepada risiko kerja yang terlibat :
i. Risiko tinggi - 1 bulan sekali
ii. Risiko rendah - 3 bulan sekali
iii. Lebih kerap semasa permulaan pembentukan jawatankuasa
b) Tidak kurang dari 3 bulan sekali
c) Mesyuarat Segera
i. Kemalangan Maut
ii. Kemalangan Yang Melibatkan Kecederaan Badan Yang Serius
iii. Kemalangan Nyaris

2. KORUM

a) Pengerusi
b) Setiausaha
c) 1 /2 daripada Ahli Jawatankuasa Hadir

3. AGENDA & MINIT MESYUARAT
a) Notis bertulis pangggil mesyuarat- secara e-mail
b) Agenda, kertas perbincangan perlu diedarkan sebelum mesyuarat
c) Minit Mesyuarat diedarkan selewat-lewatnya 2 minggu selepas mesyuarat

4. TOPIK PERBINCANGAN
Keselamatan dan kesihatan tempat kerja sahaja.

5. KEMUDAHAN MESYUARAT OLEH MAJIKAN

a) Bilik mesyuarat yang sesuai
b) Peralatan bilik mesyuarat yang mencukupi
c) Memberi kebenaran kepada anggota JKK menghadiri mesyuarat sewaktu bekerja


AKTIVITI JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

1. Program Pendedahan
2. Kempen Keselamatan
* Antara kaedah yang boleh digunapakai :
- Taklimat sistem kerja selamat secara berkala / kursus / latihan
- Tayangan video
- Poster dll
- Pemahaman tentang aspek keselamatan / Minggu atau Hari KKP
- Poster
- Housekeeping
- Kesedaran / sikap pekerja
- Maklumat Kadar kemalangan dll


JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN YANG BERKESAN

1. Ahli-ahli mempunyai kefahaman dan pengetahuan asas fungsi jawatnkuasadi bawah akta
2. Pembelajaran & latihan berterusan
3. Menyediakan maklumat kepada ahli
4. Membuat keputusan dengan cepat dan tindakan susulan segera
5. Publisiti meluas berkenaan aktiviti JKK
6. Mesyuarat Berkala dan kerap
7. Pengiktirafan majikan terhadap ahli
- Surat Penghargaan
- Bonus
- Pengenalan diri seperti lencana / topi
8. Pengerusi / setiausaha mempunyai ciri-ciri kepimpinan


PEMBELAJARAN DAN LATIHAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA
1. Analisa audit dan Penyediaan Laporan Pemeriksaan
2. Analisa kejadian kemalangan dan kenalpasti trend kemalangan
3. Semak semula dasar keselamatan, prosedur kerja dan sebagainya
4. Komunikasi berkesan
5. Kaedah menjalankan Latihan

PERINGATAN!!!
1. Peraturan 14 (3)
Seseorang majikan hendaklah menyimpan laporan jawatankuasa selama tempoh minimum 7 tahun
2. Peraturan 27 (2)
Minit mesyuarat jawatankuasa hendaklah disimpan selama tempoh minimum 7 tahun
3. Penalti
• RM5,000.00
• Penjara 6 bulan @ kedua-duanya sekali


Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...