- Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
- Berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
- Kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
- Mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga
- Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
- Hubungan seks.
- Penagih dadah yang menggunakan suntikan
- Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
- Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).
- Pesakit Hemodialisis
- Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).
- Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV
- Mereka yang mengidap penyakit kelamin
- Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.
- Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.
- Gejala seakan-akan mendapat selesema
- Demam
- Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
- Keletihan dan lemah
- Hilang selera makan
- Loya dan muntah
- Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)
Berbentuk akut:
- Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala.
- Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
- Mereka boleh sembuh sepenuhnya.
- Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
- Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.
- Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan
- Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.
- Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki
- Langkah-langkah umum yang perlu diambil:
- Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil.
- Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda).
- Suntikan pertama
- Selepas sebulan - suntikan kedua
- Selepas 6 bulan - suntikan ketiga
- Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran.
- Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi penghapusan primer untuk Hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus Hepatitis B akan diberi antibodi Hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.
- Saringan untuk virus Hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk penyakit Hepatitis B.
- Jika anda tidak mendapat imunisasi Hepatitis B semasa dilahirkan, dapatkan ujian darah untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi Hepatitis B dan suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.
- Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.
- Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).
- Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum.
- Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk).
- Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga atau mencacah tatu).
- Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.