Peti Pertolongan Cemas

Peti Pertolongan Cemas.

Peti Pertolongan Cemas

Lokasi pertolongan cemas ini perlu diletakkan dilokasi yang mudah untuk diakses. Pemeriksaan perlu dilakukan 2 kali setahun. Menganti bahan yang kurang dan bahan-bahan yang rosak dan telah luput tarikh.

Cadangan kandungan yang perlu ada didalam Peti Pertolongan Cemas.

1. Kapas putih
2. Kain pembalut (Bandages)
3. Ubat luka - Iodin
4. Handsplast
5. Pita Pelekat
6. Pin Bandages
7. Gunting
8. Sarung tangan
9. Penyepit kapas
10. Krim antiseptik

*Ubatan yang diminum dan makan contoh Panadol tidak dibenarkan didalam Peti Pertolongan Cemas.

Panduan ringkas bantuan kecemasan.

MELECUR (ASID / ALKALI)

  • Basuh bahagian yang melecur dengan air yang banyak.
  • Sapu permukaan yang melecur dengan KRIM ANTISEPTIK.
  • Pilih PAD STERIL dengan saiz yang sesuai untuk menutup lecur.

MELECUR (ELEKTRIK / HABA)

  • Tutup permukaan yang melecur dengan KRIM ANTISEPTIK.
  • Pilih PAD STERIL dengan saiz yang sesuai untuk menutup lecur.

LUKA

  • Sapukan KRIM ANTISEPTIK pada luka dan kawasan sekeliling menggunakan PUTIK KAPAS/GUMPALAN KAPAS.
  • Kecederaan kecil – guna kepingan PLASTER.
  • Kecederaan sederhana dan teruk – pilih KAIN KASA PENYERAP dengan saiz yang sesuai dan lekatkannya bersama-sama LEUKOPLAS saiz sesuai.

KERACUNAN KARBON MONOKSIDA

  • Bawa pesakit ke kawasan berudara segar dengan segera.
  • Pastikan pesakit sentiasa panas.
  • Jika bernafas, gunakan LARUTAN AMMONIA dan tempatkannya di bawah hidung.
  • Jika tidak bernafas, lakukan Bantuan Pernafasan.

LEMAS/SESAK NAFAS/RENJATAN ELEKTRIK

  • Lakukan Bantuan Pernafasan

PENGSAN

  • Baringkan pesakit, pusingkan kepalanya menghala ke sebelah.
  • Jika mukanya merah, tinggikan kepalanya.
  • Jika mukanya pucat, rendahkan kepala dan tinggikan sebelah bahagian bawah badan.
  • Buka bajunya.
  • Jika bernafas, gunakan LARUTAN AMMONIA dan tempatkannya di bawah hidung.
  • Jika tidak bernafas, lakukan Bantuan Pernafasan. Gunakan LARUTAN AMMONIA sebaik sahaja pesakit mula bernafas.

PATAH

  • Gunting pakaian pada tempat yang patah.
  • Pegang anggota dengan perlahan-lahan.
  • Gunakan KAYU untuk menyokong anggota yang patah.
  • Ikat KAYU tersebut dengan PEMBALUT.

TERGELIAT / KECEDERAAN TIDAK BERDARAH

  • Pilih PEMBALUT dengan saiz yang sesuai untuk menutup kecederaan.
  • Balut dengan ketat, tetapi pastikan tidak menghentikan peredaran darah.
  • Tinggikan bahagian yang cedera dan jauhkan daripada segala bentuk gerakan.

PENDARAHAN

  • Gunakan Tekanan Langsung dengan tangan menggunakan KAIN KASA STERIL yang mampat. Pada masa yang sama naikkan anggota.
  • Kaedah terakhir, guna teknik TOURNIQUET (digunakan hanya bagi keadaan yang menggugat nyawa sahaja).

Newer Posts Older Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...