Latihan dan Demonstrasi Memadam Api di Radibems Sdn Bhd

Pada 1hb Mar 2010, AJKK Radibems telah menjalankan satu sesi latihan dan demonstrasi memadam api diperkarangan premis Radibems Sdn. Bhd. Latihan ini adalah satu aktiviti yang dirancang didalam jadual tahunan AJJK 2010.

Sesi Penerangan dan demonstrasi telah disampaikan oleh En.Norazley Hassan dan En. Noranuar Afendi. Pengurus Besar Radibems iaitu En.Ahmad Zamri Said turut hadir dalam sesi latihan tersebut sebagai tanda sokongan.


Objektif latihan ini dijalankan adalah bertujuan memberi pendedahan penggunaan alat pemadam api dengan cara yang betul dan efektif. Warga kerja Radibems turut diberi peluang tencuba menggunakan alat pemadam api dan program telah mendapat maklumbalas yang positif.

Tenaga pengajar kursus iaitu En. Norazley Hassan dan En. Noranuar antara kakitangan Radibems yang telah menerima latihan Kursus Asas Mencegah Kebakaran Bangunan Tinggi anjuran Akademi Bomba dan Penyelamat di Kuala Kubu Bharu pada 15hb – 19hb Dec 2008.









Newer Posts Older Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...